Followers

Sunday, June 17, 2012

Advance !

Assalamualaikum semua..

hari ini dh masuk hari ke 17 saya telah berada di bumi Kelantan , negeri tersayang . hati ini tersangat lah gembira bila dapat duduk kat rumah,dapat makan masakan mak,main dengan anak buah,lepak tepi pantai,keluar jalan-jalan dengan kawan and etc. kalau nak cerita dalam ni memang penuh la page nie, so tak payah la nak bercerita panjang ye !

masa saya post entry nie saya sedang ber writing kat dalam library Tengku Anis at UiTM Machang. ye!  hari ini bertarikh 17 JUN 2012 hidayahcheawang saya telah berada di bumi UiTM Machang yang tersegam indah ni. seperti yang saya katakan dahulu sebelum saya balik sini saya sangat rindukan kawan-kawan kat sini. dengan izin Allah hari ni saya dapat jugak dtang sini. Alhamdulillah. 


apa yang menarik hari ni saya nak kongsi pasal library nie! haha . bila teringat balik perkara yang terjadi sebentar tadi rasa macam nak gelak terguling-guling. buat malu je. mesti korang nak tahu kan pasal ape? 

ok2..saya kongsi bersama dengan kawan-kawan ye. 

macam nie,tadi saya masuk ke library tengok2 pintu entry dah tak macam dulu dah! macam mana ye ? dah jadi macam boarding box kat airport dah. dengan muka confident ye saya main hentam je benda tu. Aik?? kenapa tak jalan nie? ok,saya jalan keluar balik. *malu* ^_^

lepas tu terus call kawan. 

me : "na,bakpo pintu library x leh masuk?" 
lana : "x taw la, aku pom lama doh x g library."
me : "ok."

lepas tu saya try lagi,ingat nak skodeng student lain masuk macam mana. tapi sayang! tak de orang pulak yang masuk. saya masih berdiri di situ seorang diri. dah macam orang yang tak ada tamadun dah saya seorang berdiri di situ dengan menunggu orang lain.(sebab nak tengok macam mana ye diorang masuk dalam tu)

at last, ada jugak yang masuk. ok . tengok betol2 !! dont make mistake again hidayah !

orite. macam biasa je,then terus ikut budak2 tu. then saya pass!! haha. buat muka happy dapat masuk.^_^
bila teringat perkara tu rasa nak senyum puas-puas. buat malu je. tapi tak pelah, sekurang-kurang ada jugak advance kat library nie kan. Alhamdulillah.

ok.thanks for reading yaw ! :)


Monday, May 28, 2012

SEMESTER 1


Assalamualaikum...

Selamat pagi kepada semua . hari ni kita mulakan pagi dengan lafaz Bismilahirahmanirahim ye..semoga pagi kita hari di mulakan dengan penuh barakah. Amin . Apa khabar semua? ok ? saya mintak maaf saya tak pandai nak jadi penulis blog yang tegar sebab tu lah saya ni jarang tu post entry yang baru. tapi hari teringin pulak nak bercerita. Alhamdulillah saya dah selesai exam final Tahun Satu Semester Satu kat kolej jururawat nie. Alhamdulillah result pun lulus semua . maybe kawan-kawan yang baru baca entry ni tak tahu yang saya dah tak jadi student UiTM MACHANG dah. saya resigned sebab dapat tawaran nurse. :) tapi agak sedih untuk tinggalkan Uitm di hatiku tu.. 


Dulu tak pernah terfikir pun di hati ni nak jadi seorang nurse . Dulu masa kecik2 dalam biodata nak jadi arkitek la, polis,  guru (nak jadi cikgu sebab suka tulis kat papan hitam ) . pastu dalam biodata tu faveret food la,bestfreind pompuan,  bestfriend laki. macam-macam kan zaman kecik2 dulu. sweet jerr .Tapi kita nie hanya hamba Allah SWT yang mampu merancang segala apa yang kita fikirkan tapi Dia yang maha Melaksanakan. Mungkin Allah mahukan kita yang terbaik dari apa yang kita rancangkan. 





Bila dah nak habis satu sem nie, rasa best jugak jadi student even bila doktor cerita pasal penyakit dapat la faham sikit-sikit  walaupun baru sem satu. sikit jela. tak banyak sangat,just baru nak belajar benda basic. 

Alhamdulillah semester ni berjalan dengan baik. cepat je masa berlalu,dah nak habis sem dah. dan hati pun tak sabar nak balik kampung halaman . terasa rindu sangat dekat family...sekarang baru dapat faham macamana kawan-kawan yang jauh di perantauan rindukan family. kalau dulu saya tak ada la terasa homesick sangat masa duduk Uitm dulu sebab dari rumah ke U satu jam je. tiap-tiap minggu boleh balik. tapi sekarang dah lain,baru la rasa homesick tu macamana. Tinggal 2 hari sahaja lagi nak balik rumah.  xsabar kan ^_^



saya gadis kampung :)

Untuk semua kawan-kawan yang nak balik bercuti, balik dengan selamat ye. jangan main mercun kat rumah time cuti-cuti nie nanti masuk wad walaupun sekarang bukan musim raya. Nanti tak pasal-pasal takde tangan, haaa...tak taw...

oh ya, jangan lupa kirim salam dekat parents ye...cakap hidayahcheawang kirim salam k. walaupun tak kenal,tapi sampaikan ye kawan-kawan.. :) 

thanks for reading.........^_^




Saturday, April 14, 2012

Apa yang Kita Tak Boleh Beli


Assalamualaikum.. 

pagi nie terasa nak update blog pulak selepas tension dengan ujian OSCE. walaubagaimanapun (BM full) perkara dah lepas. tak perlu nak ingat dan itu yang termampu untuk kita lakukan. tawakal kepada Allah jela . Dia yang maha menentukan . dengan title kat atas tu saya just nak share 10 perkara yang kita tak boleh beli dengan wang ringgit . 

10 perkara yang tak boleh dibeli :

  1. lena
  2. masa
  3. bahagia
  4. aman
  5. mahir
  6. anak-anak
  7. cinta
  8. orang sayangkan kita
  9. sihat
  10. akhlak

walaupun tinggi mana darjat kita sekalipun, harta bertimbun-timbun bak Gunung Jerai, kita tak mampu untuk membeli semua itu dengan wang yang kita ada. Sesungguhnya Allah itu menciptakan manusia sebaik-sebaik makhluk.. Alhamdulillah .  

Sunday, April 8, 2012

Demi Sebuah Kehidupan




alhamdulillah.. sekian lama blog tak di bukak . baru hari ni terbuka hati nk jenguk blog . tahun 2012 adalah tahun yang agak busy . kehidupan dah terasa berbeza dengan tahun-tahun yang lepas . alhamdulillah saya dah pun melangkah ke alam 20 an.dah 20 tahun saya di beri peluang untuk hidup di muka Bumi Allah ini . seharian saya pun sangat busy dengan kehidupan baru di negeri orang . memilih kerjaya yang lain, dah meninggalkan uitm machang dah pom . kadang-kadang rasa rindu dengan suasana uitm . dah menjadi lumrah manusia pasti merindui masa lalu bersama sahabat tersayang. merindui sahabatku, Lana, Ama, Along , rakan sekelas.. alangkah indahnya masa bersama dahulu.





kehidupan disini sangat berbeza. dan saya cuba menyesuaikan diri. Alhamdulillah saya dah pon berada di negeri jelapang padi selama 3 bulan. mencari ilmu Allah untuk masa depan sendiri. dengan restu ibu,insyaAllah saya akan muliakan ilmu yang diberi sebaik mungkin . Amin.