Followers

Saturday, April 14, 2012

Apa yang Kita Tak Boleh Beli


Assalamualaikum.. 

pagi nie terasa nak update blog pulak selepas tension dengan ujian OSCE. walaubagaimanapun (BM full) perkara dah lepas. tak perlu nak ingat dan itu yang termampu untuk kita lakukan. tawakal kepada Allah jela . Dia yang maha menentukan . dengan title kat atas tu saya just nak share 10 perkara yang kita tak boleh beli dengan wang ringgit . 

10 perkara yang tak boleh dibeli :

  1. lena
  2. masa
  3. bahagia
  4. aman
  5. mahir
  6. anak-anak
  7. cinta
  8. orang sayangkan kita
  9. sihat
  10. akhlak

walaupun tinggi mana darjat kita sekalipun, harta bertimbun-timbun bak Gunung Jerai, kita tak mampu untuk membeli semua itu dengan wang yang kita ada. Sesungguhnya Allah itu menciptakan manusia sebaik-sebaik makhluk.. Alhamdulillah .  

Sunday, April 8, 2012

Demi Sebuah Kehidupan




alhamdulillah.. sekian lama blog tak di bukak . baru hari ni terbuka hati nk jenguk blog . tahun 2012 adalah tahun yang agak busy . kehidupan dah terasa berbeza dengan tahun-tahun yang lepas . alhamdulillah saya dah pun melangkah ke alam 20 an.dah 20 tahun saya di beri peluang untuk hidup di muka Bumi Allah ini . seharian saya pun sangat busy dengan kehidupan baru di negeri orang . memilih kerjaya yang lain, dah meninggalkan uitm machang dah pom . kadang-kadang rasa rindu dengan suasana uitm . dah menjadi lumrah manusia pasti merindui masa lalu bersama sahabat tersayang. merindui sahabatku, Lana, Ama, Along , rakan sekelas.. alangkah indahnya masa bersama dahulu.





kehidupan disini sangat berbeza. dan saya cuba menyesuaikan diri. Alhamdulillah saya dah pon berada di negeri jelapang padi selama 3 bulan. mencari ilmu Allah untuk masa depan sendiri. dengan restu ibu,insyaAllah saya akan muliakan ilmu yang diberi sebaik mungkin . Amin.